TERMA PENGGUNAAN
Pengunjung dikehendaki dan bertanggungjawab untuk membaca Syarat Pengunaan (dirujuk sebagai Syarat) dengan penuh teliti sebelum menggunakan www.afyaa.com yang diselia oleh AFYAA Sdn Bhd (dirujuk sebagai AFYAA). Syarat ini adalah terpakai bagi semua pengunjung yang mengakses laman sesawang ini menerusi pelbagai peranti elektronik seperti namun tidak terhad kepada komputer peribadi, telefon pintar, dan tablet.
Dengan mengakses laman sesawang ini, anda telah membaca, memahami dan mengakui semua Syarat dan anda bersetuju untuk terikat dengan Syarat bertulis yang disiarkan di sini. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda dilarang secara tersurat untuk menggunakan laman sesawang ini dan dikehendaki berhenti mengakses selanjutnya.
AFYAA berhak, atas budi bicara sendiri, mengubah, menukar, mengubahsuai, mengganti, menarik atau membuang mana-mana kandungan yang disiarkan bila-bila masa atau atas sebab-sebab tertentu tanpa mengeluarkan sebarang notis kepada pengguna. Laman sesawang ini dibina dengan tujuan untuk membekalkan maklumat menyeluruh berkenaan AFYAA serta perkhidmatan, produk, visi dan misi, objektif, pengasas dan apa jua kandungan lain yang tidak dinyatakan. Pengunjung adalah dilarang untuk menggunakan semua kandungan ini bagi tujuan tersendiri dalam bentuk keuntungan wang, aktiviti yang diharamkan, penyalahgunaan dan plagiat kandungan dan apa jua tindakan yang dilarang yang boleh didakwa oleh undang-undang. Seluruh kandungan yang disiarkan dalam laman sesawang ini adalah hak milik eksklusif dan dicipta oleh AFYAA dan tidak boleh digunakan bagi tujuan promosi yang berbeza daripada tujuan asal.
AFYAA tidak dapat menjamin bahawa laman sesawang ini akan sentiasa tersedia dan stabil sepanjang masa memandangkan kami, pada waktu tertentu, terikat untuk melakukan penyelenggaraan laman sesawang untuk menambah baik pengalaman pengguna yang boleh dibuat pada bila-bila masa. Untuk itu, kami mungkin akan mengalami gangguan perkakasan, perisian, dalaman, atau apa jua gangguan teknikal yang membawa kepada prestasi yang tidak memuaskan, gangguan, kelewatan, dan kesilapan lain. Kami berhak untuk membuat sebarang perubahan dan pengubahsuaian bila-bila masa atau apabila dianggap perlu tanpa sebarang notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan, kerosakan, atau kesilapan yang berpunca daripada ketidakbolehan akses kepada laman sesawang kami pada waktu tertentu ketika ia tidak boleh digunakan. AFYAA tidak terikat dengan mana-mana perjanjian apabila pengguna mahu mengakses laman sesawang ini.
Sebarang komunikasi secara dalaman yang dilakukan dalam laman sesawang ini, sama ada pemberitahuan e-mel atau sokongan borak secara langsung akan direkod sebagai salah satu usaha untuk menambah baik kualiti penjenamaan. Anda bersetuju bahawa apa jua jenis komunikasi diberikan kebenaran memandangkan kami, dengan pertimbangan secara penuh, akan menyimpan kandungan komunikasi di dalam sistem kami yang terhubung dengan akaun media sosial untuk kegunaan pada masa hadapan. Anda juga bersetuju bahawa apa jua maklumat elektronik seperti namun tidak terhad kepada gambar, video, borang, dan bahan media digital lain yang diterima daripada pihak kami mematuhi semua syarat dan keperluan yang dikomunikasikan dalam bentuk penulisan.